Latar belakang Lebuhraya_Bertingkat_Damansara–Shah_Alam

Jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam bermula akan bermula di persimpangan Puncak Perdana dalam Seksyen U10 Shah Alam. Kemudian, lebuh raya ini akan melalui beberapa kawasan penduduk yang padat di Lembah Klang seperti, Puncak Perdana, Subang, Kota Damansara, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Alam Impian, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.[2] Jajaran akan berakhir di persimpangan Penchala di mana ia akan bergabung dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).[2]

Terdapat 13 persimpangan di Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam iaitu:

  • Puncak Perdana
  • Alam Impian
  • Alam Suria
  • Denai Alam
  • Kampung Melayu Subang
  • Pinggiran Subang
  • Subang Dua
  • Lapangan Terbang Subang
  • RRIM
  • Surian
  • Seksyen 5, Kota Damansara
  • Sunway Damansara
  • Damansara Perdana
  • Penchala

Selain itu, terdapat tiga plaza tol yang dibina:

  • Plaza Tol Denai Alam
  • Plaza Tol RRIM
  • Plaza Tol Mutiara Damansara